Ramesh Rao meninggal dunia pada pagi Sabtu

Fareez Azman
Januari 14, 2023 02:30 MYT
Beliau disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
KUALA LUMPUR: Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ramesh Rao meninggal dunia pada usia 52 tahun.
Mendiang yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia, difahamkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi Sabtu.
Beliau disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Beliau antara aktivis yang aktif memperjuangkan hak masyarakat India di negara ini.
Ramesh pernah menyertai DAP sebelum kemudiannya menyertai Barisan Nasional (BN) ketika era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Salam takziah dari kami Astro AWANI buat keluarga mendiang atas pemergian Ramesh.
#Ramesh Rao meninggal dunia #aktivis #Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India #serangan jantung