Ramai menanti PM umum PKPB sambung atau tidak, tetapi....
Astro Awani
Jun 5, 2020 16:56 MYT
Jun 5, 2020 16:56 MYT
Ramai sebelum ini menjangka Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung atau sebaliknya, semasa Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek pada Jumaat.
Bagaimanapun, sangkaan itu meleset apabila beliau tidak membuat sebarang pengumuman mengenai perkara berkenaan.
Perdana Menteri sebaliknya menumpukan kepada usaha memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA dengan tema "Bersama Menjana Ekonomi".
PKPB sebelum ini dilaksanakan dari 4 Mei hingga 12 Mei 2020.
Ia kemudian dilanjutkan selama empat minggu dan berakhir pada 9 Jun ini.
Berbaki lagi empat hari sebelum tamat PKPB, belum ada sebarang keputusan oleh kerajaan sama ada untuk melanjutkan tempoh itu atau sebaliknya.
#ekonomi
#kerajaan
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#perintah kawalan pergerakan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB