Ramai mangsa dapat dikeluarkan dari Taman Sri Muda, ada juga tidak mahu pindah - MB Selangor

Afiezy Azaman
Disember 20, 2021 02:59 MYT
Pemandangan dari udara Taman Sri Muda, Shah Alam yang terjejas teruk akibat banjir. - Foto Unit Udara JBPM
KUALA LUMPUR: Lebih ramai mangsa banjir di kawasan Taman Sri Muda dan Seksyen 25, Shah Alam dapat dikeluarkan setakat kemaskini jam 10.20 pagi, hari ini.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, lebih daripada 30 bot daripada aset Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) digerakkan untuk mengeluarkan mangsa banjir di kawasan itu.
Bagaimanapun, kata Amirudin terdapat ramai penduduk di kawasan Taman Sri Muda tidak mahu berpindah.
"Tumpuan utama waktu ini adalah bekalan makanan. Air mulai surut kepada (takat) kedalaman 1 hingga 2 meter.
"Kawasan Kg Baru Hicom Shah Alam diberi penumpuan dengan dokongan pasukan Briged ke 10 Tentera Darat dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
"Kawasan Kuala Selangor menunjukkan pola peningkatan air setakat ini lapan Pusat Perpindahan Sementara (PPS)dibuka. Pejabat Tanah Kuala Selangor bersama semua agensi memantau dan melaksana proses evakuasi dan perpindahan," katanya melalui ciapan di Twitter, pada Isnin.

Kemaskini ( 10:20 am ) kawasan Sri Muda & Seksyen 25 Shah Alam lebih ramai dpt dikeluarkan dgn bantuan aset PGA & Bomba, lebih 30 bot bantu keluarkan mangsa. Air mulai surut di kedalaman 1-2 meter. Ramai juga yang tidak mahu pindah. Tumpuan utama waktu ini adalah bekalan makanan

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) December 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kemaskini ( 10:35 pg ) : Kawasan Kuala Selangor menunjukkan pola peningkatan air setakat ini 8 Pusat Perpindahan dibuka. Pejabat Tanah Kuala Selangor bersama semua agensi memantau dan melaksana proses evakuasi dan perpindahan

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) December 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, kru Astro AWANI yang ditempatkan di kawasan Taman Sri Muda melaporkan masih terdapat mangsa-mangsa banjir yang terperangkap di dalam rumah akibat banjir di kawasan tersebut.
#Amirudin Shari #banjir #mangsa banjir #taman sri muda #shah alam