Ramai lega Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat diumum Perdana Menteri

Fareez Azman
Mac 27, 2020 20:50 MYT
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan RM250 billion dalam Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN pada Jumaat. Gambar: Ihsan RTM
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat dapat memberi kelegaan bagi rata-rata rakyat di negara ini meskipun berdepan tempoh sukar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
Menerusi perkongsian di laman Twitter Astro AWANI mendapati ramai pihak yang berterima kasih dan berpuas hati dengan manfaat yang melibatkan kakitangan kerajaan, golongan B40, M40, pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS), sektor korporat dan swasta, bujang, mahasiswa serta pesara kerajaan.
Beberapa netizen, antaranya Ravindran@rawin1002 turut berkongsi kelegaan itu dalam entrinya beliau mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri atas keprihatinan yang ditunjukkan terhadap rakyat.

He did a good job...kadang2 kita x dapat puaskan semua orang.. we as Malaysian have stay together to fight against this covid-19...syabas PM..kami berdiri teguh dibelakang Tan Seri...We proud of u...

— Ravindran (@rawin1002) March 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perasaan sama dikongsi Nawi Da Vinci@asnawijacq yang bersyukur dengan bantuan kerajaan itu serta mengharapkan Malaysia terus bangkit, maju dan aman sentosa meskipun berdepan detik sukar ini.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dipermudahkan segala urusan kami. Moga PM dan barisan menteri yg mempersetujui peruntukan ini dimurahkan rezeki. Moga bangkit terus maju dan aman sentosa. *tweet ni tidak berbaur politik cuma menyatakan kesyukuran *

— Nawi Da Vinci (@asnawijacq) March 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi 8jaz@Izzat8611 pula, beliau bersyukur dengan pengumuman itu. Malah penjelasan Muhyiddin dengan menggunakan analogi 'Mak Cik Kiah' adalah komunikasi yang jelas kepada rakyat.

Apa yang boleh dikatakan adalah: ALHAMDULILLAH MakCik Kiah is brilliant analogy tho. Concise and clear comms.

— 8jaz #stayathome #kitajagakita (@Izzat8611) March 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah tindakan Perdana Menteri memutuskan agar pemotongan gaji selama dua bulan bagi jemaah Menteri serta Timbalan Menteri turut dipuji.
Kesemua pemotongan gaji itu jelas Tan Sri Muhyddin akan disalurkan ke dalam Tabung COVID-19 yang akan digunakan untuk membantu rakyat yang terjejas dengan penularan pandemik itu.

Belum sempat merasa gaji PM dah sanggup potong gaji demi rakyat... Salute TSMY https://t.co/PA2YL7sT8w

— Aiman.ij (@manpar1512) March 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Muhyiddin pada Jumaat mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 billion untuk disalurkan kepada semua sektor awam dan swasta yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Daripada jumlah itu, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS).
Manakala RM2 bilion pula untuk memperkukuh ekonomi negara dan RM20 bilion seperti telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini
#Astro Awani #COVID-19 #kekal tenang #koronavirus #Muhyiddin Yassin #netizen #Pakej Ransangan #pengumuman #PM #PRIHATIN #rakyat #Twitter
;