Ramai lega, berjaya daftar janji temu vaksin AstraZeneca 2.0

Eton Khir
Mei 27, 2021 13:19 MYT
Hari ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19, Khairy Jamaludin bakal memberi taklimat mengenai janji temu untuk pusingan kedua vaksin AstraZeneca ini.
KUALA LUMPUR: Kekecewaan sebahagian daripada mereka yang gagal memohon untuk mendapatkan tempahan vaksin AstraZeneca semalam sedikit terubat.
Ramai pemohon yang mendedahkan berjaya mendapat slot janji temu, selepas menyemak status di aplikasi MySejahtera mereka.
Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan pemohon yang mendedahkan bahawa ada antara mereka yang masih keliru berhubung tarikh janji temu mereka.
Turut dikhabarkan sebanyak 1,261,000 dos vaksin AstraZeneca ditawarkan, di antaranya 275,208 dos ditempah oleh warga emas ketika pertama kali dibuka dari 23 Mei hingga semalam. Malahan sebanyak 29,183 orang yang berada dalam senarai menunggu dari pusingan sebelumnya juga dimasukkan.

Guys, check your MySejahtera cause I wasnt successful during registration this afternoon but I suddenly got this notification from the app pic.twitter.com/tvevIsfqXM

— aaradhia (@aaradhia) May 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Same do hahaha alhamdulilah setelah bertungkus lumus walaupun tekan butang negeri tak dapat pic.twitter.com/c0F4zeGx0y

— PU HARIZ (@H4rryzzz1) May 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Same here! Baru dpt jgk pic.twitter.com/MjSmhkIdT5

— DCL (@naqeyyanadzri) May 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Same here dpt jugakk pic.twitter.com/KLJBw6f3So

— leA (@khxddy) May 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia berikutan, ada yang berjaya mendapat tarikh yang dimohon, ada pula yang diberi tarikh janji temu secara rawak.
Pada Rabu, ramai pengguna di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak menghadapi kesukaran untuk mengakses proses pendaftaran yang dibuka sejak jam 12 tengah hari.
Hari ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19, Khairy Jamaludin bakal memberi taklimat mengenai janji temu untuk pusingan kedua vaksin AstraZeneca ini.
Tidak ketinggalan di laman media sosial Twitter, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 yang memuat naik status serta pemohonon maaf atas kekurangan yang dihadapi oleh orang ramai semasa pusingan ketiga pendaftaran sukarela vaksin AstraZeneca COVID-19 semalam.

Janji temu bagi tempahan AstraZeneca pusingan kedua telah mula diberikan sejak malam tadi. Bagi mereka yang berjaya membuat tempahan tetapi masih belum menerima janji temu, jangan bimbang. Janji temu anda akan dapat dilihat dalam masa terdekat.

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) May 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#AstraZeneca #COVID-19 #warga emas #Kuala Lumpur #Twitter #vaksin #media sosial
;