Ramai ceria lihat langit kembali biru, namun tak semua begitu
T K Letchumy Tamboo
Jun 28, 2013 21:38 MYT
Jun 28, 2013 21:38 MYT
Selepas lebih daripada seminggu negara diselubungi jerebu, rakyat Malaysia kembali dapat melihat langit biru dan menghirup udara segar.
Setakat petang ini, tiada satu kawasan pun dalam Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar yang mencatatkan bacaan kualiti udara tidak sihat.
Bacaan ini amat memuaskan berbanding bacaan kualiti udara di negara ini beberapa hari lepas yang memaksa kebanyakan sekolah ditutup.
Udara segar dan langit biru disambut dengan gembira oleh rakyat Malaysia termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang berkongsi perasaan tersebut di media sosial.
Semua sekolah yang ditutup kerana jerebu yang teruk dibuka semula semalam.
Apa pula pendapat anda? Kongsi pandangan dan gambar bersama kami.