Ramai bergenang air mata tengok video Ainul Mardhiah didodoi bapa

Afiq Ariffin
Jun 22, 2019 09:16 MYT
Ahmad Safiuddin memuat naik video itu dengan hanya meletakkan emoji senyum sebagai kapsyen bagi video dia mendodoikan anak perempuan sulungnya itu. -Foto Facebook/ahmadsafiuddinahmadrazak
SELEPAS selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di bahagian mulut pada 10 Jun lalu, bayi istimewa Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 8 bulan, terus menjadi perhatian masyarakat Malaysia.
Bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak sering berkongsi perkembangan kesihatan Ainul Mardhiah dari masa ke semasa di laman Facebook.
Terbaharu, Ahmad Safiuddin memuat naik video dirinya mendodoi Ainul Mardhiah yang kelihatan semakin sihat.
Ahmad Safiuddin memuat naik video itu dengan hanya meletakkan emoji senyum sebagai kapsyen bagi video dia mendodoikan anak perempuan sulungnya itu.
Di dalam video itu juga, Ahmad Safiuddin juga kelihatan berhati-hati mengendong anaknya itu supaya tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada Ainul Mardhiah.
Muat naik tersebut telah menyebabkan ramai yang meninggalkan komen di ruangan komen pada video tersebut.
BACA: Tun Mahathir luangkan masa ziarah Ainul Mardhiah
BACA: Ainul Mardhiah sudah tidak perlukan bantuan oksigen - Bapa
Rata-rata mereka berasa sebak melihat gelagat Ainul Mardhiah yang tenang didodoikan bapanya itu.
"Ingatkan kakak sahaja selalu bergenang air mata tengok Ainul. Suami kakak pun sama rupanya. Dah jadi 'parents', memang sensitif bila tengok anak-anak tak sihat," tulis Diyana Jamal.
"Rindu tiap hari nak tengok anakanda Ainul Mardhiah," tulis Niki Firdaus Solahuddin.
“Bergenang air mata tengok video ni. Manjanya Ainul dengan walid. Semoga Ainul cepat sembuh yer sayang. Membesar dengan sihat. Sayang anak ummi, Ainul Mardhiahm,” tulis Sue Sahar
“Syafakallah semoga di berikan kesembuhan untuk adik Ainul Mardiah,” tulis Mohd Khairi Md Isa
"MasyaALLAH... Sayunya tengok. Sudah lama Walid nak peluk Ainul begitu... Kasih seorang Walid," tulis Zamani Thamby.
BACA: Ainul Mardhiah sudah boleh bernafas sendiri - Bapa
BACA: "Hari ini saya nampak dia senyum" - Bapa Ainul
#Ahmad Safiuddin #Ainul Mardhiah #bapa #dodoi #ketumbuhan #mulut
;