Rakyat terima penjelasan wang RM2.6 bilion yang didakwa masuk ke akaun Najib - Shahrir

Astro Awani
Ogos 18, 2015 00:29 MYT
SHAHRIR: Berita kurang menyenangkan tentang isu itu sekadar gembar-gembur menerusi media sosial yang tidak betul. - Gambar Fail
Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yakin orang ramai menerima baik penerangan kerajaan berhubung dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad berkata, maklum balas yang diterima di kalangan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menunjukkan rakyat menerima penjelasan itu dengan baik.
Katanya, sentimen rakyat berhubung isu yang diperjelaskan itu tidak berdepan dengan sebarang masalah.
"Berita kurang menyenangkan tentang isu itu sekadar gembar-gembur menerusi media sosial yang tidak betul.
"Nampaknya baik, tak sehebat yang digembar-gemburkan media sosial. Media sosial syok sendiri.
"Itu yang kita nak kena tegas dari segi media sosial - berita yang tak betul, kena ada penjelasan," kata Shahrir sewaktu ditanya tentang penerimaan orang ramai terhadap kempen kerajaan pada sidang media di Parlimen, di sini, pada Selasa.
#1MDB #BNBBC #Kelab Penyokong Barisan Nasional #Najib Razak #PAC #shahrir samad #UMNO
;