Rakyat Terengganu diingatkan patuhi kod etika pakaian selama tempoh berkabung
Umavathi Ramayah
Ogos 4, 2023 16:20 MYT
Ogos 4, 2023 16:20 MYT
Seluruh rakyat Terengganu digesa untuk mematuhi kod etika berpakaian selama lima hari tempoh berkabung. - Foto fail/SUK Terengganu
KUALA TERENGGANU: Seluruh rakyat Terengganu diingatkan agar mematuhi kod etika berpakaian selama lima hari tempoh berkabung, yang berakhir pada Isnin (7 Ogos 2023) susulan kemangkatan bonda kepada Sultan Terengganu, Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah, pada Khamis.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, menerusi satu kenyataan berkenaan tempoh perkabungan itu memberitahu, garis panduan berpakaian adalah ditetapkan seperti berikut:
- Bagi pegawai dan kakitangan lelaki melayu beragama lslam hendaklah memakai 1 inci lilitan kain putih pada songkok;
"Adalah diharapkan supaya arahan inidihormati dan dipatuhi oleh semua pihak," ujar beliau.