KUALA LUMPUR: Agenda memperkukuh perpaduan negara tidak seharusnya diletakkan di atas bahu kerajaan semata-mata, sebaliknya rakyat pelbagai latar belakang dan kaum di negara ini perlu bersama-sama memainkan peranan masing-masing ke arah itu.
Pakar Sosial Prof Datuk Mohammad Shatar Sabran berkata kerajaan boleh melaksanakan pelbagai usaha untuk mencapai agenda besar itu namun tanpa sokongan dan dukungan daripada rakyat, konsep perpaduan sebenar yang ingin dikecapi tidak akan berjaya sepenuhnya.
Beliau berkata antara peranan yang boleh dimainkan rakyat termasuk memahami dan menerima hakikat kepelbagaian sosiobudaya, kepercayaan dan pencapaian ekonomi yang berbeza dalam kalangan rakyat di negara ini serta berusaha menghindar daripada menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.
“Bercakap tentang perpaduan, negara ini sememangnya dikenali dengan komposisi pelbagai bangsa dan agama, kita tidak menghalang atau mengkritik sesama kita sebaliknya masing-masing mempunyai kebebasan untuk amalkan apa sahaja budaya dan adat resam selagi tidak jejaskan masyarakat lain… dari situlah bagaimana negara bangsa terbentuk,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohammad Shatar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia berkata peranan rakyat dalam menyokong agenda perpaduan negara kini sememangnya diharapkan susulan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang ingin mencapai agenda itu menerusi prinsip Malaysia MADANI.
Katanya pembentukan Kerajaan Perpaduan merupakan senario baharu politik negara iaitu kerajaan campuran terpaksa dibentuk susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 yang berakhir dengan tiada satu parti politik pun memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.
“Senario ini lebih menyerlah apabila buat julung kalinya sejak kita mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun lepas, Kerajaan Perpaduan terbentuk dengan tiada satu parti politik menang majoriti… dan daripada situlah kita dapat lihat mereka (pemimpin politik) perlu bersatu serta bekerjasama antara satu sama lain,” katanya.
Justeru, Mohammad Shatar berkata dalam keghairahan memperkatakan tentang perpaduan, semua pihak perlu memahami bahawa perlu ada keseimbangan agar ‘adunan’ perpaduan yang hendak diwujudkan tidak menimbulkan sebarang elemen kecil hati atau mengguris mana-mana bangsa.
Menurut Mohammad Shatar, disebabkan setiap bangsa dan agama itu tidak berada dalam kedudukan sama, maka fungsi kerajaan adalah untuk memastikan keseimbangan berlaku supaya adunan perpaduan dapat direalisasikan dalam konteks yang sebenar.
“Kita sebagai masyarakat jangan sesekali menempelak kerajaan kalau kita rasa kerajaan berikan sedikit keutamaan kepada sesuatu bangsa, sebab bukan tujuan untuk memberikan kelebihan sebaliknya untuk pastikan terdapatnya keseimbangan dalam setiap komposisi masyarakat,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Mohd Hatta Md Ramli berkata rakyat mempunyai tanggungjawab menjaga perpaduan yang telah terbina selama ini dan tidak harus menjadikan diri mereka sebagai ‘api dalam sekam’ dalam negara dan kepada anak bangsa sendiri.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) berkata rakyat mahukan keselesaan, hak anak-anak mendapatkan pelajaran, mempunyai pekerjaan dan sebagainya dan atas asas-asas berkenaan seharusnya membuatkan rakyat bersikap positif serta matang untuk mewujudkan kestabilan dalam negara.
“Kalau boleh, rakyat yang mempunyai pemikiran positif perlu berkongsi idea menerusi media sosial dengan menekankan semangat perpaduan kerana ini menjadi platform rakyat hari ini untuk bersuara, bukan lagi turun ke jalanan dan sebagainya…. saya kira ini juga secara tidak langsung dapat menewaskan ‘suara-suara’ negatif yang timbul melibatkan perpaduan,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2023

Semua pihak perlu memahami bahawa perlu ada keseimbangan agar adunan perpaduan yang hendak diwujudkan tidak menimbulkan sebarang elemen kecil hati. - Gambar hiasan

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Sarawak contoh perpaduan kaum dan agama - Halimah Sadique
Sarawak adalah negeri yang boleh dijadikan contoh atau modul mengenai kepelbagaian, toleransi dan perpaduan antara kaum serta agama di negara ini.

Tugas jaga perpaduan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata
Tugas menjaga perpaduan bukanlah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan semata-mata, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.