Rakyat perlu ambil langkah berjaga-jaga hadapi cuaca kering berpanjangan - Najib

Astro Awani
Februari 24, 2015 16:30 MYT
Pemanasan global atau fenomena ekuinoks yang melanda Malaysia kini dijangka akan berlarutan sehingga April depan. - Gambar Fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru rakyat Malaysia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi musim panas berpanjangan yang melanda negara ini.
Menulis di laman Facebook rasminya, Najib menasihati orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk kekal sihat dan mengelakkan diri daripada penyakit berkaitan kepanasan
Beliau turut menulis perkara yang sama di laman sosial Twitter rasminya.

Saya harap anda semua akn ambil langkah berjaga-jaga utk kekal sihat dlm musim panas berpanjangan yg dijangka melanda pic.twitter.com/jY33eofeX0

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) February 24, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemanasan global atau fenomena ekuinoks yang melanda Malaysia kini dijangka akan berlarutan sehingga April depan.
Fenomena ini bukan pertama kali malah ianya berlaku sebanyak dua kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan September, yang mana, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung.
Pengarah Institut Sains dan Teknologi Spatial, Profesor Dr Mazlan Hashim berkata fenomena itu akan menyebabkan waktu siang lebih panjang berbanding waktu normal.
Penipisan lapisan ozon kini, maka pendedahan cahaya matahari pada masa terbabit akan lebih dirasai berikutan suhu yang semakin meningkat terutamanya pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.
#Ekuinoks #Fenomena #Najib Tun Razak
;