'Rakyat merintih resah' - Asyraf Wajdi mohon pertimbang cadangan keluar wang KWSP

Fauzi Suhaimi
Oktober 31, 2020 02:37 MYT
Asyraf Wajdi berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula cadangan membenarkan pengeluaran wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). -BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mempertimbangkan semula cadangan membenarkan pengeluaran wang mereka daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu merupakan harapan dan hasrat rakyat yang terkesan susulan pandemik COVID-19.
"Saya memohon Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat mempertimbangkan semula untuk benarkan rakyat keluarkan wang mereka dalam akaun 1 KWSP sekurang-kurangnya RM5,000.
"Rata-rata rakyat merintih dan menyampaikan keluhan dan keresahan mereka betapa perit dan sempitnya kehidupan di tengah-tengah COVID-19 yang memberi kesan langsung terhadap kelangsungan hidup ketika ini.
"Kami harap kerajaan pertimbangkan dan benarkan pengeluaran beransur-ansur dan ditetapkan pada kadar maksimum RM10,000," katanya dalam satu ciapan di akaun Twitternya di sini pada Sabtu.

Mohon PM Tan Sri @MuhyiddinYassin dapat pertimbang semula benarkan rakyat keluatkan wang mereka Akaun 1 KWSP. Boleh buat ansur-ansur dan ditetapkan pada kadar maksimum RM10k. Ramai mengadu tertekan dan susah untuk kelangsungan hidup. #banturakyat pic.twitter.com/w8Et8Rp1Av

— Dr Asyraf Wajdi (@drasyrafwajdi) October 31, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dilaporkan berkata kerajaan sukar membenarkan pengeluaran wang Akaun 1 caruman KWSP bagi digunakan rakyat yang berdepan wabak COVID-19.
Kata Muhyiddin, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang Akaun 1 KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.
Pun begitu, Asyraf Wajdi berkata pihaknya akan menyampaikan secara rasmi harapan rakyat kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam masa terdekat.
#Muhyiddin Yassin #Asyraf Wajdi Dusuki #Pemuda UMNO #KWSP #EPF #Perdana Menteri #COVID-19 #pandemik #Keluar Akaun 1 KWSP #Kumpulan Wang Simpanan Pekerja #Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz