Rakyat Malaysia terkandas di New Delhi dalam perjalanan pulang - Hishammuddin

Isabelle Leong
Mac 19, 2020 14:43 MYT
Menurut Hishammuddin, Wisma Putra melalui perwakilan akan terus bantu bagi memudahkan cara urusan pulang rakyat Malaysia ke tanah air. - Gambar fail
Seramai 123 rakyat Malaysia yang terkandas di New Delhi kini dalam perjalanan pulang ke tanah air.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kumpulan pertama rakyat Malaysia yang terkandas di New Delhi selamat berlepas pulang ke tanah air pada Rabu malam.
Dalam entri di akaun Twitter peribadinya, Hishammuddin merakamkan penghargaan kepada perwakilan Malaysia yang bekerja keras sepanjang masa dalam memastikan kesemua rakyat Malaysia yang terkandas itu dapat dibawa pulang.
“Terima kasih juga kepada mereka yang terkandas kerana beri kerjasama terbaik.
“Saya difahamkan ramai lagi rakyat Malaysia yang masih berada di New Delhi, Chennai, Mumbai, Trichy dan lain-lain tempat di India.
BACA: Rakyat Malaysia pulang dari luar negara wajib jalani pemeriksaan kesihatan, kuarantin sukarela

Syukur, 123 org rakyat yg terkandas di New Delhi telah berlepas pulang ke tanah air malam tadi - TQ Perwakilan Malaysia di yang bekerja keras 24/7. Terima kasih juga kepada mereka yg terkandas kerana beri kerjasama terbaik. @MalaysiaMFA melalui perwakilan2 akan terus bantu! pic.twitter.com/eBtpPAqcwx

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) March 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya minta mereka yang masih terkandas untuk kekal tenang. Kami di Wisma Putra melalui perwakilan akan terus bantu bagi memudahkan cara urusan pulang ke Malaysia,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.
BACA: Rakyat terkandas: Malaysia berunding dengan India isu sekatan penerbangan
Pada Rabu, seramai 274 rakyat Malaysia di India susulan sekatan kemasukan yang dikuat kuasa oleh India kerana kebimbangan terhadap penularan COVID-19.
Untuk rekod, setakat Rabu, seramai 841 rakyat Malaysia dilaporkan terkandas di 20 buah negara berikutan wabak COVID-19.
#COVID19 #Hishammuddin Hussein #India #Menteri Luar Negeri #New Delhi #perjalanan pulang #rakyat Malaysia #terkandas #Wisma Putra
;