Rakyat Malaysia masih tidak dibenarkan ke luar negara

Harits Asyraf Hasnan
Mei 30, 2020 08:19 MYT
Larangan turut melibatkan para pelajar Malaysia yang berhasrat kembali ke universiti di luar negara. - Foto fail Astro AWANI
Kerajaan masih tidak membenarkan mana-mana rakyat Malaysia meninggalkan tanah air dan menuju ke negara lain.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan itu turut melibatkan para pelajar Malaysia yang berhasrat kembali ke universiti di luar negara.
"Indonesia dianggap sebagai salah sebuah negara yang mempunyai risiko yang tinggi. Indonesia, Amerika Syarikat, Brazil dan Eropah sebagainya sekarang ini ada kenaikan mendadak kes positif COVID-19.
"Kita masih anggap (negara tersebut) merupakan kawasan yang berisiko tinggi.
"Jadi setakat hari ini, kita tidak membenarkan rakyat kita keluar ke negara-negara lain terutamanya negara berisiko tinggi termasuk pelajar," katanya pada sidang media harian di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan dalam kalangan pelajar Malaysia yang ingin kembali ke universiti mereka di luar negara.
#Amerika Syarikat #COVID19 #Indonesia #ismail sabri yaakob #keselamatan #koronavirus #pelajar #Pelajar luar negara #rakyat Malaysia