Rakyat Malaysia hujani media sosial dengan kata-kata semangat buat Chong Wei
Astro Awani
September 22, 2018 04:59 MYT
September 22, 2018 04:59 MYT
Bermula dengan desas-desus dan kemudian menjadi kisah yang ditularkan di pelbagai platform media sosial, akhirnya tanda tanya mengenai status kesihatan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei disahkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dalam satu kenyataan memberitahu, pemain perseorangan yang banyak mengharumkan nama negara di gelanggang berprestij itu disahkan telah didiagnosis dengan kanser hidung peringkat awal.
Chong Wei kini dikhabarkan menerima rawatan di Taiwan, sambil ditemani ahli keluarga dan rakat karibnya.
Dalam pada semua pihak diminta menghormati privasi beliau, pelbagai lapisan masyarakat sudahpun menghulurkan kata-kata simpati, ucapan semangat dan mendoakan Chong Wei supaya segera sembuh.
Dari pemimpin negara ke ahli politik, hinggalah kepada rakan atlet, selebriti dan juga rakyat Malaysia keseluruhannya, masing-masing menyampaikan ucapan mereka menerusi pelbagai platform media sosial.
Antara yang terawal menzahirkan ucapan dan kata-kata semangat itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memulakan thread mengenai khabar tersebut:
Rata-rata netizen juga menyampaikan kata-kata semangat kepada bekas pemain nombor satu dunia tersebut menerusi laman sosial Twitter.
Ada juga yang turut tampil dengan ucapan semoga cepat sembuh kepada Chong Wei dan tabah dalam menghadapi dugaan.
Sebelum ini, Chong Wei menarik diri daripada Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing, China dan juga Sukan Asia 2018 di Jakarta Indonesia ekoran masalah pernafasan yang dialaminya.
#barah hidung
#kanser
#Lee Chong Wei
#Mohamad Norza Zakaria
#rakyat Malaysia
#rawatan
#Taiwan
#ucapan semangat