Rakyat Malaysia disaran buat saringan COVID-19 di luar negara sebelum pulang ke Malaysia
Astro Awani
Jun 15, 2020 16:01 MYT
Jun 15, 2020 16:01 MYT
Rakyat Malaysia yang berada di luar negara disaran membuat saringan COVID-19 sebelum pulang ke Malaysia.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka perlu membuat saringan berkenaan tiga hari sebelum pulang ke Malaysia dan menunjukkan surat pengesahan apabila tiba di pintu kawalan masuk.
Bagaimanapun, mereka masih perlu menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing.
"Sebagai pilihan mereka disaran membuat saringan COVID-19 sebelum pulang iaitu buat ujian swab di luar negara tiga hari sebelum pulang. Keputusan mesti negatif dan kalau positif dia perlu dirawat di sana.
"Jadi mereka mereka tunjuk sijil itu dan dibenar kuarantin di rumah. Maka tak perlu tunggu di lapangan terbang dan masih tertakluk kepada SOP seperti muat naik aplikasi MySejahtera, pakai gelang dan tak boleh keluar rumah sebab mereka akan disaring untuk kali kedua," katanya dalam sidang media harian di sini pada Isnin.
Saranan kerajaan itu bagi mengelak mana-mana individu terpaksa menunggu lama jika terpaksa melakukan saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Bagi mereka yang tidak membuat saringan sebelum berlepas,KKM akan membuat saringan sejurus tiba di pintu masuk negara. Walau bagaimanapun,mereka mungkin terpaksa menunggu untuk keputusan saringan COVID-19. Jika terlalu sesak, mereka akan di hantar ke Institut Latihan Awam sambil menunggu keputusan COVID-19," ujarnya.
#air
#COVID19
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#KLIA
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Media
#menteri
#rakyat
#rakyat Malaysia
#rumah
#SOP