Rakyat Malaysia belanjakan 70 peratus pendapatan untuk tiga komponen ini

Isabelle Leong
Disember 9, 2019 20:38 MYT
SAIFUDDIN: Saya dapat beberapa idea untuk mnelakukan bebrapa anjakan terhadap fokus dan keutamaan bagaimana NACCOL harus bergerak memasuki tahun 2020. - BERNAMA
Rakyat Malaysia memberlanjakan hampir 70 peratus pendapatan bulanan untuk membeli barangan keperluan, perumahan dan pengangkutan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata laporan ‘Malaysia Economic Monitor’ oleh Hab Penyelidikan dan Pengetahuan Global Kumpulan Bank Dunia mengesahkan tiga komponen utama tersebut juga menyumbang kepada bebanan kos sara hidup rakyat.
“Laporan itu juga menyebut semakin rendah pendapatan rakyat, semakin banyak mereka berbelanja untuk makanan manakala semakin tinggi pendapatan rakyat (golongan kaya) semakin banyak mereka habiskan untuk berjalan dan ke kelab rekreasi.
“Kami boleh lihat apabila terdapat kenaikan harga kos dan sebagainya, golongan berpendapatan bawah yang paling terkesan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan laporan berkenaan di Kuala Lumpur pada Isnin.
Katanya lagi, laporan tersebut juga menyebut tentang pendapatan rakyat yang mendatar tetapi kos sara hidup semakin meningkat.
Oleh itu, Saifuddin berkata, kementeriannya sebagai sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) akan mengambil panduan daripada laporan itu untuk melakukan beberapa anjakan terhadap fokus dan keutamaan pada tahun 2020.
“Saya dapat beberapa idea untuk mnelakukan bebrapa anjakan terhadap fokus dan keutamaan bagaimana NACCOL harus bergerak memasuki tahun 2020.
"Kerajaan harus dilihat memikirkan isu kos sara hidup yang melibatkan mereka yang miskin, terutamanya.
“Kami tidak boleh berpuas hati dengan tahap sekarang dan mesti melakukan lebih daripada itu,” tambahnya.
#Barangan Keperluan #Hab Penyelidikan dan Pengetahuan Global Kumpulan Bank Dunia #kos sara hidup #Malaysia Economic Monitor #Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna #pengangkutan #perumahan #Saifuddin Nasution Ismail
;