Rakyat Malaysia antara 7 pakar dipilih anggotai badan kesihatan ulung di Jepun

Astro Awani
Januari 23, 2021 05:16 MYT
Salah satu sumbangan utama Dr Dhesi buat Malaysia adalah apabila beliau tampil dengan alat Pengurusan Data dan Program Pengurusan Teknologi Maklumat, teknologi yang diguna pakai di 50 hospital dan 800 klinik di seluruh negara. - Foto Twitter @DhesiMD
KUALA LUMPUR : Seorang rakyat Malaysia mengharumkan nama negara apabila dipilih sebagai salah seorang penasihat bagi badan kesihatan terulung global yang berpangkalan di Jepun.
Pakar kesihatan Dr Dhesi Baha Raja meluahkan keterujaan beliau melalui hantaran Tweet apabila menerima berita beliau antara tujuh yang terpilih menyertai Mitsubitshi Centre of Global Health Architecture.
"Satu penghormatan apabila dipilih sebagai salah seorang daripada tujuh penasihat Mitsubishi Centre of Global Health Architecture. Terima kasih Jepun," kongsinya pada Sabtu.
Selain Dr Dhesi, turut terpilih ialah Dr Alex Coutinho, Dr Lucica Ditiu, Prof David L Heymann, Dr Francis Omaswa, Prof Rosanna Peeling dan Dr Khama Rogo.
Nama-nama ini merupakan pakar dalam pelbagai bidang penting di dunia.

Honoured to be selected as one of the 7 advisors to Mitsubishi Centre of Global Health Architecture. Thank you Japan. https://t.co/dlBj362OVb

— Dhesi MD, DrPH (@DhesiMD) January 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

So proud to hear that @DhesiMD has been selected as one of the 7 advisors to Mitsubishi Centre of Global Health Architecture. Another young towering Malaysian amongst the Whos Who of Global Health https://t.co/mYxOupndiI

— Adeeba Kamarulzaman (@ProfAdeeba) January 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Salah satu sumbangan utama Dr Dhesi buat Malaysia adalah apabila beliau tampil dengan alat Pengurusan Data dan Program Pengurusan Teknologi Maklumat.
Program ciptaan Dr Dhesi berfungsi mengatur data kelahiran, liputan imunisasi dan menjejaki kehamilan berisiko tinggi.
Teknologi ini telah diguna pakai di 50 hospital dan 800 klinik kesihatan di seluruh negara.
Sebelum ini, beliau turut pernah disenaraikan dalam Forbes International sebagai Top 40 World Changers, diakui sebagai individu contoh oleh Yayasan Clinton, memenangi Pistoia Life Science Innovations Award 2016 oleh King’s College London, serta menerima anugerah MIT Top 10 Innovator Award 2017.

So proud of you Dr @DhesiMD ! https://t.co/GGnRp2Nc9V

— Dzulkefly Ahmad (@DrDzul) January 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

OMG! @DhesiMD This Mitsubishi thingy is like a USD$ 3 Trillion outfit. Thats like 6X our nations GDP:) Dont forget your old buddies bro-you still owe us that nasi lemak special btw:) https://t.co/aizCfNTvI8

— Dr Musa Mohd Nordin (@drmusanordin) January 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dr Dhesi Baha Raja #Jepun #Pencapaian rakyat Malaysia #rakyat Malaysia #Tweet #pakar #kesihatan #penasihat #teknologi #inovatif #Mitsubishi Centre of Global Health Architecture
;