Rakyat mahu tahu pelaku, bukan dalang sebar video - Ummi Hafilda

Sinar Harian
Julai 14, 2019 23:36 MYT
Ummi Hafilda Ali berkata, rakyat mahu mengetahui siapa pelaku tersebut dan individu itu perlu dibawa ke muka pengadilan - Gambar Sinar Harian
Rakyat tidak berminat untuk mengetahui siapa dalang di sebalik penyebaran video intim melibatkan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang lelaki mirip seorang menteri Kabinet.
Sebaliknya adik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Ummi Hafilda Ali berkata, rakyat mahu mengetahui siapa pelaku tersebut dan individu itu perlu dibawa ke muka pengadilan.
"Rakyat tidak berminat nak tahu siapa dalang, yang kita nak tahu siapa yang terlibat dalam video itu.
"Wajib diseret ke muda pengadilan, jijik dan keji," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Sebelum ini Haziq tampil membuat pengakuan sebagai individu dalam video intim bersama seorang menteri yang tular.
BACA: Polis kenal pasti dalang video lucah babitkan Haziq
Pada Sabtu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengesahkan pihaknya telah mengenal pasti dalang di sebalik penyebaran klip video intim tersebut.
Jelasnya, penyebaran video itu dilakukan melalui pakatan tertentu dan beberapa individu telah ditahan, namun enggan mendedahkan identiti mereka.
#Haziq Abdullah Abdul Aziz #Ketua Pemuda PKR Santubong #Ummi Hafilda Ali
;