Rakyat Malaysia kini boleh terlibat sama di dalam pembangunan projek aliran transit massa ( MRT) dengan pelaburan serendah seribu ringgit melalui pembelian bon dagangan dan sukuk ETBS.

ETBS, sukuk runcit pertama tempatan yang diterbitkan danainfra nasional berhad dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejumlah sukuk bernilai 300 juta ringgit akan ditawar kepada pelabur runcit.

Jumlah ini sebahagian daripada nilai sukuk keseluruhan ditawarkan bagi pembiayaan MRT fasa pertama berjumlah 1.5 bilion ringgit.

Penawaran sukuk runcit ini bermula 8 Januari dan berakhir 18 januari .

Pelabur akan mendapat pulangan yang telah ditetapkan dalam bentuk kupon dan dibayar secara berkala sebanyak dua kali dalam setahun.

Menurut Najib, pelancaran ETBS ini membolehkan rakyat biasa melabur dan menikmati pulangan hasil daripada kemajuan Negara.