Rakyat harap krisis Lahad Datu selesai segera
Arfa Yunus
Mac 5, 2013 10:42 MYT
Mac 5, 2013 10:42 MYT
Pelancaran serangan oleh pasukan keselamatan Malaysia ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu seawal tujuh pagi hari ini mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial Twitter.
Rata-rata rakyat Malaysia melahirkan kerisauan akan keselamatan penduduk sekitar Sabah serta keselamatan pasukan keselamatan yang bertarung nyawa menjaga keselamatan negara.
Walaupun berhadapan dengan krisis yang serius, kebanyakkan rakyat Malaysia memberi sokongan kepada negara dengan menghantar tweet berunsur memberi semangat kepada pasukan keselamatan.
Berikut merupakan antara reaksi orang ramai berkenaan krisis ini: