Rakyat diminta agar terus menyalurkan sumbangan kepada Palestin

Astro Awani
Disember 17, 2012 09:03 MYT
Rakyat diminta agar terus menyalurkan sumbangan kepada Palestin kerana negara itu masih memerlukan bantuan.
Apa yang amat diperlukan sekarang adalah peralatan perubatan bertujuan memastikan rakyat Palestin menerima rawatan sewajarnya.
Seruan dibuat penasihat Yayasan Aman Global Perdana, PGPF, Datuk Mukhriz Mahathir.
Katanya, setakat ini PGPF telah membelanjakan RM2.5 juta untuk membantu Palestin melalui sumbangan masyarakat Malaysia.
Menyedari realiti kesempitan hidup penduduk di Gaza, beberapa masjid di kawasan Jerlun, Kedah mengambil inisiatif untuk mengutip derma.
Hasil keprihatinan dan sumbangan penduduk, sejumlah RM13,480 berjaya dikutip.
#Gaza #Israel #Jerlun #Mukhriz #Palestin #sumbangan
;