Rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta bagi iklan, publisiti dibelanjakan dua kerajaan terdahulu - Fahmi

Bernama
Disember 28, 2023 21:01 MYT
Rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta bagi iklan dan publisiti dibelanjakan oleh dua kerajaan terdahulu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta bagi iklan dan publisiti dibelanjakan oleh dua kerajaan terdahulu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Menerusi catatan di media sosial X hari ini, beliau berkata perbelanjaan tersebut adalah sangat besar.
"Rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta ini telah dibelanja, sama ada semua direkod dengan baik atau jika ada sebarang perkara yang langgar undang-undang," katanya.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan Persekutuan membelanjakan sehingga RM700 juta untuk kerja pengiklanan, promosi dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.
Perbelanjaan tersebut digunakan oleh dua pentadbiran terdahulu dalam menguar-uarkan pencapaian dan usaha kerajaan.
-- BERNAMA
#rakyat #perbelanjaan dua kerajaan terdahulu #Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil #iklan #publisiti
;