Rakan wartawan terkejut dengan kematian Claudia
Astro Awani
Februari 4, 2013 08:26 MYT
Februari 4, 2013 08:26 MYT
Petugas di syarikat penyiaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, Claudia Theophilus meninggal dunia di Lubnan.
Laporan media menyebut mendiang, 42 tahun, sedang melakukan kunjungan tiga hari ke Baakleen, Lubnan bersama dua rakannya yang merupakan warga Lubnan.
Siasatan awal polis mendedahkan mendiang meninggal dunia kerana terkena peluru ketika dua rakannya menggunakan senjata api.
Mayat mendiang dihantar ke Hospital Baakleen untuk bedah siasat.
Di kalangan rakan media yang mengenali mendiang, berita kematiannya itu mengejutkan.
Pengalaman itu dikongsi rakan setugas Claudia, Husna Yusop ketika sama-sama bertugas di akhbar The Sun.