Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia

Bernama
April 29, 2024 19:15 MYT
Raja Permaisuri Agong berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara di sini.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut hadir pada pertemuan itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia David Wallace dan Setiausaha Utama (Politik) Pesuruhjaya Tinggi British Sandeep Judge.
Menurut hantaran itu, para tetamu turut diraikan dalam majlis santapan tengah hari bersama Raja Permaisuri Agong.
-- BERNAMA
#Raja Permaisuri Agong #Raja Zarith Sofiah #pesuruhjaya tinggi british ke malaysia #Ailsa Terry #Istana Negara
;