Raja Permaisuri Agong sertai Kejohanan Golf Diraja
Bernama
Februari 16, 2013 13:54 MYT
Februari 16, 2013 13:54 MYT
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyertai kejohanan Golf Diraja sempena Hari Wilayah Persekutuan 2013 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGC) di sini.
Ketibaan baginda pada kira-kira 7.30 pagi disambut Menteri Wlayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Presiden Perbadanan Putrajaya yang juga pengerusi penganjur pertandingan, Tan Sri Dr Aseh Che Mat.
Baginda kemudian berkenan bersarapan pagi bersama peserta Golf Diraja sebelum memulakan 'tee off' pada 8.15 pagi.
Turut berangkat menyertai acara itu Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob.
Antara jemputan yang mengambil bahagian termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Rodzali Daud.
Acara tersebut yang disertai 132 pemain turut terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan agensi-agensi di bawahnya serta wakil-wakil dari agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan.
#Hari Wilayah Persekutuan
#Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah
#Tun Khalil Yaakob
#Yang Dipertua Negeri Melaka