Raja Permaisuri Agong diwasalkan Darjah Kerabat Perak

Astro Awani
Julai 15, 2024 11:18 MYT
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan diwasalkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak di Istana Negara pada Isnin. - Sumber foto FB Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan diwasalkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak di Istana Negara pada Isnin.
Istiadat mewasalkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak turut disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak diwasalkan oleh Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam satu istiadat di Dewan Seri Maharaja.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak dipersembahkan kepada Sultan-Sultan pemerintah negeri dan Raja-raja Permaisuri serta pemerintah tertinggi luar negeri.
Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad,
Bersama-sama berada di istiadat berkenaan ialah Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Datuk Azmi Rohani
#Sultan Ibrahim #Raja Zarith Sofiah #Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak #Sultan Nazrin Shah