Raja Permaisuri Agong berangkat hadiri World Cities Day di Istanbul
Dzulfitri Yusop
Oktober 31, 2023 16:30 MYT
Oktober 31, 2023 16:30 MYT
ISTANBUL: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke sambutan World Cities Day yang disambut di Uskudar, Istanbul pada Selasa.
Keberangkatan Tunku Azizah adalah atas persilaan Wanita Pertama Turki, Emine Erdogan yang juga merupakan penaung bagi perayaan World Cities Day.
Selain menghadiri majlis perasmian, Tunku Azizah juga dijadualkan berangkat menyertai 12 wanita pertama dunia yang lain dalam forum Wanita Pertama yang berkaitan dengan inisiatif ‘zero waste’.
Uskudar menjadi tuan rumah sambutan World Cities Day yang disambut setiap 31 Oktober dalam usaha mengangkat tema Pendanaan Lestari bagi pembangunan bandar untuk semua.
#Raja Permaisuri Agong
#World Cities Day
#Emine Erdogan
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah