KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada mangsa ribut di sekitar kariah Masjid Putra Simpang Empat, Arau semalam.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah meminta orang ramai agar bersikap cakna dan prihatin bagi membolehkan mereka sentiasa bersedia untuk bertindak, jika berdepan dengan sebarang kejadian bencana.
"Sikap 'sense of urgency' (sikap kesegeraan) dan mentaliti 'ambil tahu' ini akan membolehkan seseorang itu bertindak lebih awal sebagai persediaan untuk meminimumkan risiko sebelum berlakunya sebarang bentuk bencana terhadap diri dan ahli keluarga," titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan MAIPs di sini, hari ini.
Dalam kejadian ribut di beberapa kawasan sekitar Perlis khususnya, di Sanglang dan Simpang Empat yang berlaku antara 7.30 hingga 8.00 malam Isnin (4 Mei) lepas, telah mengakibatkan kira-kira 40 rumah rosak dengan bahagian bumbung dan dinding rumah berkenaan diterbangkan angin kuat.
Antara keluarga mangsa yang disantuni baginda dan menerima bantuan berkenaan ialah penjual kuih tradisional, Junaidah Ya yang menerima sumbangan sebanyak RM700, tukang rumah dan petani Mohd Solleh Hamid (RM8,000) dan pekerja pendawaian elektrik Zairul Azhar Ahmad Rodhi (RM4,500).
Selain bantuan wang tunai, mangsa juga menerima sumbangan berupa beras, kit MAIPs Peduli berserta beberapa kotak berisi makanan mentah, hasil sumbangan pelbagai rakan strategik MAIPs.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis Ruhisha Haris yang turut mengiringi baginda pada majlis berkenaan mengingatkan orang ramai agar bersedia dengan sebarang kemungkinan memandangkan sambutan Aidilfitri kali ini, jatuh pada musim peralihan monsun Timur Laut ke monsun Barat Daya.
"Keadaan ini dijangka boleh mengancam keselamatan masyarakat kerana pada musim ini ada kemungkinan berlaku hujan, ribut petir dan angin kencang yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan mampu mengancam nyawa serta memusnahkan harta benda," menurut kenyataan MAIPs itu.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan perkara yang sedang berlaku di sekeliling mereka sebagai langkah berhati-hati.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 06 2021
Tuanku Syed Faizuddin bertitah meminta orang ramai agar bersikap cakna dan prihatin bagi membolehkan mereka sentiasa bersedia untuk bertindak, jika berdepan dengan sebarang kejadian bencana. - Foto Sinar Harian
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
NATO seru perniagaan bersedia untuk senario waktu perang
Pegawai kanan NATO menyeru syarikat perniagaan untuk bersiap sedia menghadapi senario waktu perang dengan menyesuaikan pengeluaran dan pengedaran bagi mengurangkan kerentanan terhadap ugutan dari Rusia dan China.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Ribut Bert landa UK, tiga maut
Kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.
Mangsa banjir di lima negeri menurun
Negeri-negeri yang terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Selangor.
Banjir: Melaka pulih, Terengganu semakin baik, Johor dan Kelantan tidak banyak perubahan
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Terengganu semakin berkurang sementara Johor dan Kelantan tidak menunjukkan banyak perubahan setakat malam ini.
Mangsa banjir menurun kepada 481 orang di enam negeri pagi ini
Menurut info banjir JKM, antara negeri terjejas adalah Melaka, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Johor dan Selangor.
Kawasan sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang dijangka dinaiki air - JPS
Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan di kawasan berkenaan.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.