KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah diperdaya sehingga menjadi mangsa sindiket penipuan.
Baginda bertitah antara sindiket penipuan yang aktif adalah seperti penipuan pelaburan tidak wujud, penyamaran menerusi panggilan telefon, penipuan pembelian secara dalam talian, penipuan tawaran kerja dan penipuan pinjaman.
"Mereka (sindiket penipuan) menggunakan nama-nama individu berpengaruh dalam masyarakat dan menyamar sebagai pegawai agensi penguat kuasa bagi menipu mangsa," titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.
Menerusi kenyataan sama, Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata jumlah kes penipuan melibatkan pembelian barang dan perkhidmatan secara dalam talian semakin meningkat sejak kebelakangan ini, iaitu dalam tempoh pandemik COVID-19.
Justeru, beliau meminta orang ramai agar lebih berhati-hati dan peka terhadap sindiket seumpama ini.
Selain itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs berkenan menyampaikan sumbangan sagu hati kepada 38 bekas amil zakat MAIPs, semalam.
Sumbangan itu disampaikan secara simbolik kepada wakil mereka iaitu bekas amil Razali Ismail yang berkhidmat selama tujuh tahun untuk kariah Masjid Al-Barakah Kampung Jelempok, Arau di rumah beliau yang terletak tidak jauh dari masjid berkenaan.
Hadir mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 02 2021
TUANKU SYED FAIZUDDIN: Mereka menggunakan nama-nama individu berpengaruh dalam masyarakat dan menyamar sebagai pegawai agensi penguat kuasa bagi menipu mangsa. - Gambar fail
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Bandar Teknologi Maju Perlis tawar lebih 2,000 peluang pekerjaan - Fahmi
Fahmi berkata projek yang menelan keseluruhan kos mencecah AS$11 bilion (RM49.17 bilion) itu dijangka mula beroperasi secara berperingkat pada pertengahan 2027.
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
MAIPs peruntuk RM7 juta laksana program latihan kemahiran asnaf
MAIPs memperuntukkan RM7 juta kepada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk pelaksanaan program aktiviti berbentuk latihan kemahiran asnaf dan pengurusan bagi tahun ini.
Pembeli dinasihat pastikan ketulenan harum manis elak tertipu
Jabatan Pertanian Perlis menasihati pembeli supaya memastikan ketulenan mangga harum manis sebelum membuat pembelian pada musim pengeluaran mangga itu yang kini telah pun bermula, supaya tidak tertipu
Guna AI perkasa tugas kawal sempadan negara - Raja Muda Perlis
Langkah itu dilaksanakan negara maju dalam usaha memperkasa penugasan mengawal sempadan negara ini supaya tidak mudah dibolosi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
Raja Muda Perlis alu-alukan lebih banyak pelaburan dalam sektor pelancongan
Antara pelaburan berkaitan pelancongan yang boleh dilaksanakan di Perlis ialah perhotelan, taman tema dan menara tinjau.
Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati, disuburkan - Raja Muda Perlis
Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati dan disuburkan dalam kalangan rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Festival Malaysia 2023 di Hatyai bermula
Festival Malaysia 2023, yang diadakan di Hatyai, Songkhla, selatan Thailand, bermula pada Jumaat dengan tujuan mempamerkan destinasi pelancongan, produk dan kraftangan Malaysia.