Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamlullail berkenan melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat negeri di tapak Bazar Ramadan Arau, semalam.
Kempen bertemakan ''Pandu Cermat, Sampai Selamat - Keselamatan Tanggungjawab Kita Bersama'' dilaksanakan mengikut konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) membabitkan pelbagai agensi kerajaan.
Antaranya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Pertubuhan Kesxelamatan Sosial (Perkeso).
Tuanku Syed Faizuddin bertitah agensi-agensi kerajaan dan swasta hendaklah berganding bahu membantu JKJR dan MKJR mengurangkan kemalangan dan menjadikan jalan raya lebih selamat kepada pengguna.
Pada kempen itu, JKJR dan Perkeso menyumbangkan 50 unit topi keledar kepada penunggang motosikal serta melekat stiker pantulan cahaya di motosikal dan mengedar risalah tip keselamatan kepada pengguna jalan raya.
Bersempena program tersebut, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyerahkan zakat MAIPs kepada 40 orang asnaf terpilih di sekitar Arau dengan etiap seorang menerima RM600.
Baginda kemudian berkenan melakukan ''Walkabout Keselamatan Jalan Raya'' dengan diiringi puteri sulung baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah serta ketua-ketua jabatan peringkat negeri dan persekutuan. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2017
![Raja Muda Perlis lancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Raja Muda Perlis lancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41498009104_rajamudaPerlis.jpg)
Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan memakaikan topi keledar kepada seorang penunggang motosikal.- Foto Bernama
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739026624_HooChangHook.jpg)
Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol
Polis menahan 10 lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Taman Acbe, Bahau, dekat Jempol semalam.
![Tahun Baharu Cina: Polis kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' kemalangan di Terengganu Tahun Baharu Cina: Polis kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' kemalangan di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737898788_tbMaliamanKassim.jpg)
Tahun Baharu Cina: Polis kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' kemalangan di Terengganu
Polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan di Terengganu.
![Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737758364_KEMALANGAN.jpg)
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
![Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737679626_TBkemalangan.jpg)
Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.
![Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737418311_tbkemalangantayar.jpg)
Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
![Lelaki pandu lawan arus sebabkan kemalangan ditahan Lelaki pandu lawan arus sebabkan kemalangan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737334113_ditahangari.jpg)
Lelaki pandu lawan arus sebabkan kemalangan ditahan
Pemandu Mitsubishi Lancer berusia 28 tahun itu ditahan pada 4 petang semalam dan hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.
![Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733378909_garisanpolispolic.jpg)
Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan
Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan pagi tadi.
![Pemandu lori rentung dalam nahas di Jalan Bintulu-Miri Pemandu lori rentung dalam nahas di Jalan Bintulu-Miri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737073715_Pemandulorirentung.jpg)
Pemandu lori rentung dalam nahas di Jalan Bintulu-Miri
Mangsa ditemukan rentung di tempat duduk pemandu sebelum mayat dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
![Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737007864_KONBantuKemalangan.jpg)
Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.