Raja Muda Kedah mangkat

Adie Sufian Zulkefli
November 29, 2015 11:07 MYT
Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah mengaminkan doa semasa pengebumian isteri baginda Almarhumah Raja Puan Muda Kedah Tengku Raudzah Sultan Hisamuddin Alam Shah,86, di Makam DiRaja Langgar, awal Ahad. - Gambar Bernama
Raja Muda Kedah, Tuanku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, mangkat pada 1 pagi Ahad di wad Diraja Hospital Sultanah Bahiyah di sini akibat kegeringan.
Menurut Timbalan Pengawal CCC Kedah, Inspektor Mohamad Hilmi Abdul Hamid, Tuanku Abdul Malik yang berusia 86 tahun mangkat akibat sakit tua dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Baginda diputerakan pada 24 September 1929 di Istana Anak Bukit, Alor Setar dan merupakan adik kepada yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.
Pada 21 September yang lalu, isteri baginda, Raja Puan Muda Kedah, Tengku Raudzah Sultan Hisamuddin Alam Shah, 86, mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan dimakamkan di Makan Diraja Langgar.
Jenazah baginda kini disemayamkan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit sebelum di makamkan di Makan Diraja Langgar yang dijangka petang Ahad.
#mangkat #raja muda kedah #Tengku Raudzah Sultan Hisamudin #Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah #Tuanku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah
;