Raja Charles III utus ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia
Syafik Shukri Jalil
Ogos 31, 2024 14:30 MYT
Ogos 31, 2024 14:30 MYT
KUALA LUMPUR: Raja Britain, Raja Charles III dan Permaisuri Camilla mengutuskan ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67 hari ini.
Ringkasan AI
- Raja Charles III menzahirkan penghargaan atas hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dan United Kingdom serta mengharapkan yang terbaik buat Malaysia bagi tahun mendatang.
- Raja Charles III juga menyatakan bahawa baginda meraikan kerjasama moden antara Malaysia dan United Kingdom khususnya dalam aspek perdagangan, pelaburan, teknologi, pendidikan dan keselamatan.
- Pada masa sama titahnya, agenda memerangi perubahan iklim merupakan satu agenda bersama dan baginda mengalu-alukan usaha bersama dua negara dalam melindungi biodiversiti dan usaha mempromosi visi dan misi kepada peralihan tenaga bersih.
Menerusi ucapan tersebut, baginda turut menzahirkan penghargaan atas hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dan United Kingdom serta mengharapkan yang terbaik buat Malaysia bagi tahun mendatang.
‘’Beta menghargai hubungan erat antara negara kita dan yakin bahawa hubungan ini akan terus berkembang dan bertambah erat tatkala negara-negara Komanwel bakal meraikan ulang tahun ke-75 pembentukan kesatuan itu.
‘’Sambutan ulang tahun ini juga merupakan peringatan kepada seluruh negara kesatuan Komanwel untuk menghargai nilai dan aspirasi yang menyatukan semua,’’ kata baginda.
Selain itu, Raja Charles III juga menyatakan baginda meraikan kerjasama moden antara Malaysia dan United Kingdom khususnya dalam aspek perdagangan, pelaburan, teknologi, pendidikan dan keselamatan.
Pada masa sama titahnya, agenda memerangi perubahan iklim merupakan satu agenda bersama dan baginda mengalu-alukan usaha bersama dua negara dalam melindungi biodiversiti dan usaha mempromosi visi dan misi kepada peralihan tenaga bersih.
Mengakhiri ucapannya, baginda juga berharap akan bertemu dengan semua pemimpin wakil anggota Komanwel di Samoa sempena Commanwealth Heads of Government Meeting yang akan berlangsung pada Oktober depan.