Raja Arab Saudi gusar Malaysia anjur KL Summit

Harits Asyraf Hasnan, Firdaus Azil
Disember 17, 2019 09:00 MYT
Raja Salman bimbang sesuiatu berlaku pada umat Islam. - Gambar fail
Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz menzahirkan rasa gusar terhadap isu umat Islam dibincangkan menerusi penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) 2019.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakuinya selepas mengadakan tele-persidangan bersama ketua negara Arab Saudi itu pada Selasa.
Ujarnya, Raja Salman berpandangan bahawa isu tersebut lebih sesuai untuk dibincangkan di pentas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
“Saya bersama dengan Raja Arab Saudi. Baginda maklumkan sebab-sebab baginda tidak datang.
“Baginda takut sesuatu yang tidak baik (berlaku) kepada umat Islam.
“Baginda punya pendapat adalah berlainan daripada kita. Pendapat baginda adalah lebih baik perkara seperti ini dibincangkan dalam mesyuarat OIC,” katanya ketika ditemui media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Selasa.
Dr Mahathir bagaimanapun bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan baginda untuk perkara sebegitu dibincangkan dalam mesyuarat OIC.
Namun, tegasnya penganjuran KL Summit yang bakal membuka tirai pada Rabu tetap akan diteruskan.
“Kita buat ini tiga negara sahaja. Itulah sebabnya.
“Baginda berpendapat bahawa perkara seperti ini tidak patut dibincang dua tiga negara sahaja dan saya bersetuju dengan dia,” katanya.
#KL Summit #Mahathir Mohamad #raja arab saudi #Raja Salman Abdulaziz #Sidang Kemuncak Kuala Lumpur #Umat Islam
;