Raikan hari jadi ke-50 KFC di KEPCI Music Fest 2023!

Israr Khalid
Ogos 23, 2023 19:40 MYT
Tiada keraian yang lebih meriah bersama keluarga, dan sempena hari jadinya yang ke-50 tahun ini, KFC mengajak seluruh rakyat Malaysia gembira bersama di KEPCI Music Fest 2023.
SEJAK bertapak di Malaysia pada 1973, Kentucky Fried Chicken (KFC) menjadi satu jenama yang amat erat dengan budaya kekeluargaan masyarakat negara ini.
Tiada keraian yang lebih meriah bersama keluarga, dan sempena ‘hari jadi’nya yang ke-50 tahun ini, KFC mengajak seluruh rakyat Malaysia gembira bersama di KEPCI Music Fest 2023.
Buat julung kalinya KFC mengadakan acara gilang-gemilang seumpama ini, dan bukan untuk satu hari sahaja, tetapi tiga hari di tiga venue iaitu Selangor, Johor dan Sabah, menampilkan 40 pemuzik tanah air - konsert pertama seumpamanya di sini.
Antara bintang yang akan menyinari festival ini adalah nama-nama besar industri tempatan iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Amy Search, Ella, Misha Omar, juga bakat-bakat muda dan sedang meningkat naik seperti Yonnyboii, MK (K-Clique), Bunga, Dolla, COEX dan Luqman Podolski.
Pentas festival juga akan digegarkan oleh kumpulan-kumpulan gitar rancak (kugiran) terkemuka antaranya Bunkface, Estranged, Budak Nakal Hujung Simpang, Masdo, SOG dan ramai lagi.
Lebih istimewa, kerancakan rentak dan irama akan dihangatkan dengan persembahan daripada DJ Colonel!
Di samping konsert, karnival turut diwarnai dengan pelbagai aktiviti lapangan seperti permainan, persembahan kebudayaan, sudut foto, dan pelbagai lagi di lokasi-lokasi terpilih.
Matlamat KEPCI Music Fest 2023 ini tidak lain tidak bukan adalah bagi meraikan kepelbagaian, kebersamaan dan keriangan untuk dikongsi bersama segenap lapisan masyarakat negara ini.
Ia juga menjadi hadiah istimewa daripada KFC buat rakyat Malaysia sempena meraikan Hari Kebangsaan ke-66 dan Hari Malaysia ke-60.
Siri karnival ini akan membuka tirainya di Stadium Malawati, Shah Alam pada 26 Ogos ini; diikuti Stadium Kadazan Dusun Cultural Association, Sabah (6 Oktober); dan berakhir di Stadium Larkin, Johor (21 Oktober).
Apa yang perlu anda lakukan adalah membeli set hidangan di mana-mana 770 cawangan KFC di seluruh negara - KEPCI Music Fest Set A, KEPCI Music Fest Set B, KEPCI Music Fest Set C, dan KEPCI Music Fest Set D.
Kemudian muat naik resit pembelian anda ke laman web rasmi festival (KLIK SINI: https://kepcimusicfest.com/?utm_source=astroawani&utm_medium=brndarticle&utm_campaign=brand-kfc-k50-music-festival&utm_content=na-na-na-brndarticle-txt-kfc-k50-music-festival-bm-k50-music-festival-pr-exposure).
Setiap satu set dibeli bersamaan dengan satu tiket.
Anda boleh menebus tiket anda secara dalam talian dengan kod pengesahan yang diterima menerusi e-mel dan berseronoklah bersama di KEPCI Music Fest 2023!
*Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai festival ini, layari https://kepcimusicfest.com/?utm_source=astroawani&utm_medium=brndarticle&utm_campaign=brand-kfc-k50-music-festival&utm_content=na-na-na-brndarticle-txt-kfc-k50-music-festival-bm-k50-music-festival-pr-exposure
#KFC #KEPCI Music Fest 2023 #Siti Nurhaliza #Kentucky Fried Chicken
;