Raif 'Leo' Averroes putera ketiga KJ
Azyyati Ahmad
Mac 23, 2015 19:10 MYT
Mac 23, 2015 19:10 MYT
Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin baru sahaja menyambut kelahiran putera ketiganya petang tadi.
Berita gembira tersebut diumumkan Ahli Parlimen Rembau ini di laman Twitter dan Instagram beliau.
Dalam twit sekitar jam 4 petang tadi, Khairy, 39 memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana isterinya, Nori Abdullah Badawi selamat melahirkan putera ketiga mereka yang diberi nama Raif Leo Averroes.
Khairy turut berkongsi wajah anaknya itu di laman sosial.
Khairy dan Nori sebelum ini dikurniakan dua anak lelaki, Jibreil 'Cougar' Ali, 8 dan Timor 'Puma' Abdullah, 7.