Rahsia Hafiz Suip & Misha Omar bakal berduet dengan single baru?

Astro Publication
Mac 9, 2015 03:51 MYT
Intonasi yang sedap juga melodi yang bakal menyengat. Good luck untuk Misha & Hafiz moga taruhan single baru ini bakal menjadi satu fenomena
Ramai peminat setia Misha Omar yang rindu dengan suara lunak merdu penyanyi itu. Setelah mendirikan rumah tangga, cerita Misha Omar kurang menyengat berbanding penyanyi lain. Mungkin penglibatannya dalam bidang nyanyian kurang menonjol berbanding post secara konsistennya di laman Instagram.
Tahniah sekali lagi kepada Hafiz yang baru sahaja mengikat tali pertunangan bersama insan tercinta. Perkembangan muzik Hafiz boleh dikatakan berkembang setelah hits single Matahari sedikit sebanyak mengekalkan penyanyi ini sebaris penyanyi hebat yang lain.
Berdasarkan instagram yang dimuat naik oleh @mishaomar semasa sesi rakaman. Intonasi yang sedap juga melodi yang bakal menyengat. Good luck untuk Misha & hafiz moga taruhan single baru ini bakal menjadi satu fenomena dalam industri muzik tanah air
P/S : *"Kuidamkan cinta ini, tapiku tidak tahu bagaimana hendak kubuktikan? " petikan dari lirik lagu gandingan mereka.
#Hafiz Suip #hit #Misha Omar #Single