Rafizi utus surat persetujuan 'Debat Ekonomi Malaysia' bersama Azmin

Astro Awani
Julai 26, 2023 20:37 MYT
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan persetujuan untuk menerima jemputan 'Debat Ekonomi Malaysia' bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan persetujuan untuk menerima jemputan 'Debat Ekonomi Malaysia' bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Dalam satu surat rasmi, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Ekonomi, Mohd Rashidi Ruslan berkata, Rafizi bersetuju dengan tarikh yang dicadangkan atau satu tarikh yang dipersetujui secara bersama.
"Sukacita dimaklumkan bahawa YB Rafizi Ramli telah bersetuju untuk menerima jemputan 'Debat Ekonomi Malaysia' bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada tarikh yang dicadangkan.
"Menteri Ekonomi juga bersetuju pada satu tarikh yang dipersetujui secara bersama," katanya.
Astro AWANI sebelum ini bersedia menerbitkan debat antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan bekas Menteri Kanan Kluster Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail telah mengemukakan surat jemputan debat tersebut kepada kedua-dua pihak.
Rafizi ketika menyampaikan ceramah Jelajah Madani di Sri Tanjung, Port Dickson pada Selasa, telah mencabar Mohamed Azmin berdebat mengenai ekonomi Malaysia sekiranya pemimpin Perikatan Nasional itu berani.
#Debat Ekonomi Malaysia #Debat Rafizi Azmin #Rafizi Ramli #Azmin Ali
;