KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron dilantik sebagai ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) berkuat kuasa 27 Mac lepas.
Yayasan Peneraju dalam kenyataan hari ini memaklumkan kedua-dua mereka dilantik secara pro-bono.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Mohd Muzzammil Ismail berkata pihaknya mengalu-alukan pelantikan baharu dalam Lembaga Pemegang Amanah itu dan akan bekerjasama dengan pengurusan mereka ke arah membawa Yayasan Peneraju ke hadapan.
"Bersama-sama, sebagai sebuah organisasi dipacu data, kami akan berusaha ke arah mereka bentuk dan menawarkan lebih banyak program dipacu industri untuk meningkatkan kebolehpasaran belia dengan kemahiran betul, kaedah 'tempat dan latih' kami dan akhirnya meningkatkan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan.
Yayasan Peneraju ialah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan pada 2012 untuk memberi tumpuan kepada pengukuhan pembinaan kapasiti ke arah kelestarian bakat Bumiputera.
Ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui program pembiayaan akademik, Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), profesional, teknologi dan pakar yang berstruktur.
Selain itu, Yayasan Peneraju juga berjaya meningkatkan kemahiran dan kemahiran semula lebih 57,000 modal insan termasuk golongan B40, M40, luar bandar dan terpinggir melalui lebih 440 program bagi membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023
Yayasan Peneraju memaklumkan Rafizi dan Nor Azmie dilantik secara pro-bono. - Gambar fail
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Anak sulung jalani pembedahan, tujuh masih terima rawatan
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Setiba di lokasi, motosikal ditunggang lelaki warga tempatan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
Mohd Redzuan dilantik Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju
Pelantikan ahli LPA baharu itu diharap dapat mempercepat aspirasi agensi itu dalam memupuk dan membangun modal insan dan menjadikan mereka berdaya saing dalam pelbagai sektor.