Rafizi gariskan beberapa keutamaan pada minggu pertama sebagai menteri

Bernama
Disember 8, 2022 13:38 MYT
KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi yang baru dilantik, Mohd Rafizi Ramli hari ini menggariskan beberapa keutamaan pada minggu pertama bagi kementerian yang diterajuinya.
Beliau berkata perkara pertama ialah mengenali dengan dekat semua pegawai tertinggi Kementerian Ekonomi, yang merupakan pasukannya dan nadi untuk memperbaiki ekonomi negara.
Menerusi ciapan di laman Twitternya hari ini, katanya keutamaan lain ialah mendalami kedudukan ekonomi semasa dan unjurannya.
Selain itu, katanya beliau akan turut menyusun perancangan kementerian untuk tempoh enam bulan dan menyusun program yang berimpak besar dengan cepat.
-- BERNAMA
#Rafizi Ramli #Menteri Ekonomi #Kerajaan Perpaduan #Anwar Ibrahim
;