Rafizi akan maklumkan perkembangan, perancangan ekonomi jam 8 pagi ini

Sinar Harian
Februari 20, 2023 06:45 MYT
Rafizi berkata, ia adalah bagi memaklumkan tentang perkembangan terkini dan perancangan beliau bersama Kementerian Ekonomi pada sesi berkenaan. -Gambar fail/Bernama
SATU sesi perjumpaan bulanan yang diatur oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bersama warga kementeriannya akan diadakan pada jam 8 pagi ini.
Rafizi menerusi Twitter miliknya berkata, ia adalah bagi memaklumkan tentang perkembangan terkini dan perancangan beliau bersama Kementerian Ekonomi pada sesi berkenaan.
"Oleh itu, saya menjemput sahabat-sahabat untuk ikuti secara langsung di platform media sosial bagi mengetahui perkembangan terkini dan perancangan lanjut saya,” ujarnya pada Isnin.

Sesi perjumpaan bulanan bersama Kementerian Ekonomi akan diteruskan seperti biasa (21 Februari 2023) jam 8:00 pagi di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya. Sesi tersebut akan di siarkan secara langsung di laman Facebook saya dan juga Kementerian Ekonomi. pic.twitter.com/ep0jOvUYzu

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) February 20, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sesi perjumpaan yang akan berlangsung di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya itu akan disiarkan secara langsung di laman Facebook beliau dan Kementerian Ekonomi. -Sinar Harian
#Rafizi Ramli #Menteri Ekonomi #perjumpaan bulanan #Kementerian Ekonomi
;