Radzi Jidin dijangka umum buka sekolah petang ini
Astro Awani
Julai 1, 2020 13:41 MYT
Julai 1, 2020 13:41 MYT
Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin dijadualkan membuat pengumuman tentang tarikh pembukaan sesi persekolahan dalam satu sidang media khas pukul 4 petang ini.
Sidang media mengumumkan pembukaan sesi persekolahan semua peringkat itu itu akan disiarkan secara langsung di saluran Astro AWANI, RTM, Bernama TV dan TV3.
Sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan 5 dan 6 telah mula dibuka pada 24 Jun yang lalu bagi mereka yang terlibat dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Sesi persekolahan yang dibuka semula pada 24 Jun lalu melibatkan 500,444 pelajar di 2,500 buah sekolah seluruh negara.
Sementara itu, tadika mula beroperasi hari ini selepas lebih tiga bulan ditutup bermula 18 Mac lalu.
Sekolah di seluruh negara ditutup ekoran arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bagi memutuskan rataian COVID-19.
#COVID-19
#Kementerian Pendidikan
#pendidikan
#Radzi Jidin
#sekolah
#Sijil Pelajaran Malaysia
#Sijil Tinggi Agama Malaysia
#Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
#Sijil Vokasional Malaysia
#SPM
#STAM
#STPM
#SVM