Radio Astro kekal paling popular di Malaysia - AC Nielsen

Astro Awani
November 13, 2015 20:33 MYT
Pengacara JoHaRa Pagi ERA! Johan, Haniff dan Ray di Era FM. Radio Astro kekal sebagai rangkaian radio paling popular di Malaysia dalam kaji selidik oleh AC Nielsen. -Foto Astro Radio
Radio Astro sekali lagi muncul rangkaian radio paling popular di Malaysia dalam kaji selidik oleh AC Nielsen.
Nielsen Radio Audience Measurement (RAM) menunjukkan 52.7 peratus rakyat Malaysia menjadikan stesen radio Astro sebagai pilihan secara mingguan.
Tiga kedudukan teratas didominasi radio Astro dengan tempat pertama menjadi milik Era FM diikuti Sinar FM serta THR Raaga dan Gegar.
THR Gegar juga mengekalkan kedudukan stesen radio no. 1 di Pantai Timur.
#ac nielsen #Astro #Era FM #Gegar #RAM #Sinar FM #thr raaga
;