R-naught negara turun 1.0, Labuan kekal tertinggi

Astro Awani
Jun 5, 2021 21:30 MYT
Perlis satu-satunya negeri yang mencatat R-naught kurang daripada peratusan kebangsaan. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan R-naught COVID-19 di Malaysia pada Sabtu terus menunjukkan penurunan.
Angka itu turun ke 1.0 pada Sabtu berbanding 1.03 pada hari sebelumnya.
Kesemua negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0.
Labuan mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.37.
Ini diikuti Negeri Sembilan, Sabah, Selangor, Pahang, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang.
Turut mencatat nilai R-naught melebihi satu ialah Terengganu, Putrajaya, Sarawak, Johor dan Kedah.
Sementara Kelantan mencatat 1.0.
Perlis pula satu-satunya negeri yang mencatat R-Naught kurang daripada peratusan kebangsaan.
Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#COVID-19 #R-Naught #PKP #Pahang #kes positif #Kedah #kadar kebolehjangkitan #Perlis #Kuala Lumpur #perintah kawalan pergerakan