Pyanhabib seorang seniman yang amat disayangi dan disegani - Fahmi

Bernama
Jun 4, 2024 05:45 MYT
Pyanhabib, atau Mohd Supyan Abdul Rahman, meninggal dunia pada usia 66 tahun malam tadi. - Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga penyair dan pelakon Mohd Supyan Abdul Rahman, 66, atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib, yang meninggal dunia malam tadi.
Beliau berkata Pyanhabib merupakan seorang penyajak, penulis, pelakon serta seniman yang amat disayangi dan disegani.
"Di awal perjalanan saya sebagai seorang penggiat seni, saya sering nantikan persembahan bacaan sajak oleh Allahyarham.
"Kali terakhir kami bekerjasama ialah ketika melakukan kameo dalam video Malaysia MADANI nyanyian Bunkface tahun lalu," katanya di laman X semalam.
Fahmi berkata pemergian Pyanhabib akan diratapi oleh para seniman tanah air.
"Tenanglah dikau di negeri abadi. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham," katanya.
Pyanhabib meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang.
-- BERNAMA
#Fahmi Fadzil #ucapan takziah #Pyanhabib meninggal dunia #Pyanhabib
;