Putrajaya sahkan suntikan dana RM950 juta untuk 1MDB

Astro Awani
Mac 12, 2015 14:58 MYT
Husni mengakui bahawa kedudukan kewangan 1MDB memerlukan bantuan tawaran awam awal (IPO) sebagai cara menangani masalah itu. -Gambar fail
Putrajaya hari ini mengesahkan telah menyuntik sejumlah RM950 juta ke dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai ‘standby credit’.
Perkara tersebut disahkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pandan (PKR) Rafizi Ramli, lapor The Malaysian Insider.
Rafizi dalam soalannya meminta pengesahan berhubung suntikan dana Putrajaya kepada 1MDB sepertimana dilaporkan akhbar Singapura semalam.
Husni turut mengakui bahawa kedudukan kewangan 1MDB memerlukan bantuan tawaran awam awal (IPO) sebagai cara menangani masalah itu.
"Masalah 1MDB ini adalah aliran tunainya, jadi IPO amat penting kerana dalam masa pendek kita perlu buat pembayaran semua pinjaman. Namun, selesai IPO ini kita percaya firma ini akan berjalan lancar," katanya di Parlimen hari ini.
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Ahmad Husni Hanadzlah #Suntikan Dana
;