Pustakawan maut motosikal bertembung 4WD

Nur Fazlizai Ali
Ogos 20, 2020 09:18 MYT
Nahas itu menyebabkan Mohamad Shazwan maut di tempat kejadian. -Astro AWANI
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Kampung Banggol, Permaisuri, Setiu kira-kira jam 6 petang Rabu.
Nahas itu menyebabkan mangsa Mohamad Shazwan Sarif, 27, pegawai Perpustakaan Awam Daerah Setiu meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin yang mengesahkan kejadian berkata mangsa sedang menunggang motosikal jenis Honda FS150FJ dari arah Bandar Permaisuri menuju ke Penarik sebelum dilanggar 4WD terbabit.
Sejurus tiba di tempat kejadian, Mitsubishi Triton yang dipandu lelaki berusia 26 tahun dipercayai terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal mangsa.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
#Afandi Hussin #Bandar Permaisuri #Kampung Banggol #kenderaan pacuan empat roda #Mitsubishi Triton #Mohamad Shazwan Sarif #motosikal #Pegawai Perpustakaan Awam Daerah Setiu #Penarik #Unit Forensik Hospital Setiu
;