Pusat tahfiz terbakar: Kerajaan negeri sedia tawarkan bantuan - MB Selangor

Astro Awani
September 14, 2017 12:13 MYT
Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali turut menawarkan bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa yang terlibat.
Kerajaan Negeri Selangor sedia menawarkan bantuan kenderaan jenazah bagi mangsa pulang ke kampung masing-masing.
Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali turut menawarkan bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa yang terlibat.
Jelasnya, JAIS dan JAWI akan bekerjasama agar semua urusan pengurusan jenazah dilaksanakan secara lancar.
Datuk Azmin ditemui selepas melawat lokasi kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datok Keramat, di sini.
#Azmin Ali #kemalangan #maut #Menteri Besar #Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah #tahfiz #terbakar
;