Pusat tahfiz terbakar: 'Ada yang menggelungsur dari saluran paip air' - Saksi
Kohilah Sekaran
September 14, 2017 11:27 MYT
September 14, 2017 11:27 MYT
“Ada yang menggelungsur turun dari saluran paip air. Ada yang terjun dari bangunan," kata seorang saksi terawal kejadian kebakaran pusat tahfiz di Jalan Keramat Ujung, Kampung Datok Keramat di sini hari ini.
Saksi yang hanya dikenali sebagai Hazim yang tinggal berhampiran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, berkata walaupun api pada masa itu hanya merebak sebahagian daripada bangunan itu, namun beliau tidak dapat membantu mereka yang terperangkap kerana pintu laluan sudah dijilat api.
“Saya dikejutkan oleh isteri saya bahawa sekolah tahfiz mengalami kebakaran. Apabila saya turun ke bawah untuk mencari pintu laluan, pintu sudah dijilat api.
“Jadi saya tidak dapat menyelamatkan pelajar yang berada di dalam bangunan. Saya sempat tolong mereka yang terjun dari bangunan.
“Saya sedih saya tidak dapat bantu kanak-kanak terperangkap, saya tidak ada jalan masuk,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di lokasi kejadian.
Setakat 10.30 pagi, seramai 22 pelajar dan dua guru dilaporkan maut dalam kebakaran di pusat tahfiz.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, dalam kejadian itu, enam pelajar dan seorang orang awam juga cedera