Pusat saringan COVID-19 dibuka di Stadium Tertutup Sibu

Khairuddin Rushdi Ayuphan
Januari 11, 2021 12:40 MYT
Pusat saringan COVID-19 itu dibuka bermula 9 pagi hingga 6 petang termasuk pada hujung minggu. - Foto Facebook/Clarence
SIBU: Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu membuka pusat saringan COVID-19 di Stadium Tertutup Sibu bermula esok.
Menurut Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Clarence Ting pusat saringan COVID-19 itu dibuka bermula 9 pagi hingga 6 petang termasuk pada hujung minggu.
"Orang ramai yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 atau berisiko boleh datang ke stadium ini untuk membuat saringan," katanya dalam hantaran di laman sosial Facebook pada Isnin.
Terdahulu, Sibu dan Kuching diklasifikasikan sebagai zon merah selepas mencatatkan jumlah kes positif melebihi 40 kes.
Sumber Facebook Cting59
Bukan itu sahaja, peningkatan kes di Sibu adalah susulan satu kluster baharu iaitu Kluster Pasai yang mencatatkan 42 kes positif setakat semalam.
BACA: Lapan rumah panjang di Sibu dikenakan sekatan pergerakan, 37 kes positif
BACA: Tiada aktiviti di ruai rumah panjang di Pasai Siong, penduduk patuh SOP
Susulan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan sekatan pergerakan di Pasai Siong, Sibu sejak 9 Januari lalu.
Mengulas mengenai perkembangan di Pasai Siong Clarence menjelaskan, terdapat peningkatan kes melibatkan kluster itu dan akan diumumkan JPBN Sarawak hari ini.
BACA: COVID-19: Lebih 2,000 penduduk di Pasai Siong jalani sekatan pergerakan
Mengambil kira situasi semasa di Sibu yang disifatkan akan terus meningkat, Clarence berkata, MPS memutuskan untuk membatalkan semua mesyuarat, mengehadkan pengunjung di pejabat-pejabat dan beberapa lagi tempat awam.
"Saya tidak pernah mengalami penularan COVID-19 yang teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sehubungan itu, saya menggesa orang awam mematuhi prosedur operasi standard (SOP), memakai pelitup muka, penjarakan sosial serta menggunakan cecair pembasmi kuman," katanya.
Sumber Facebook Cting59
#Pusat Saringan COVID-19 #pusat saringan dibuka #Stadium Tertutup Sibu #Clarence Ting #Pengerusi MPS #Majlis Perbandaran Sibu #Kluster Pasai #Pasai Siong #Sibu #Sarawak
;